Umat Islam dipercayai telah sampai ke Spanyol pada zaman sahabat lagi. Kedatangan mereka telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat di sana khususnya dalam bidang yang berkaitan keilmuan dan ketarnadunan. Bahkan kesan tamadun Islam masih dapat dilihat sehingga ke hari ini. Sepanjang pemerintahan Islam di Spanyol yang juga dikenali sebagai Andalusia, telah lahir ramai cendikiawan dan sarjana dalam pelbagai bidang. Sebagian mereka ialah ahli sains, matematik, astronomi, perobatan, falsafah, sastra, dan sebagainya. Salah seorang mereka ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh atau lebih terkenal sebagai Ibn Bajjah. Beliau dilahirkan di Saragossa pada tahun 1082 Masehi (M). Ibn Bajjah merupakan seorang sastrawan dan ahli bahasa yang unggul. Dalam hal ini, beliau pernah menjadi penyair bagi golongan al-Murabbitin yang dipimpin oleh Abu Bakr Ibrahim Ibn Tafalwit. Selain itu, Ibn Bajjah juga merupakan seorang ahli musik dan pemain gambus yang handal. Sungguhpun begitu beliau juga seorang yang hafiz al-Quran. Dalam masa yang sama, Ibn Bajjah amat terkenal dalam bidang perobatan dan merupakan salah seorang doktor teragung yang pernah dilahirkan di Andalusia.
Walau bagaimanapun, (more…)